Review On Lean Principles For Rapid Construction Academic Article uri icon

abstract

  • Penggunaan prinsip “lean” di dalam proses pembinaan adalah untuk melancarkan perjalanan proses pembinaan terutamanya di tapak binaan dengan mengurangkan aktiviti–aktiviti yang tidak penting untuk melengkapkan kitaran pembinaan secara efektif. Tujuan prinsip ini diadaptasi di dalam pembinaan yang pantas adalah untuk menyelesaikan masalah yang kompleks disebabkan oleh susunan aktiviti yang padat di dalam proses pembinaan itu sendiri. Lima prinsip utama “lean” telah disesuaikan dengan kajian kes. Di dalam aplikasi pembinaan, penggunaan konsep pembinaan pantas adalah sesuai untuk mengurangkan masa aktiviti–aktiviti pembinaan dan memenuhi kehendak tempoh pembinaan. Kelebihan daripada penggunaan prinsip “lean” di dalam pembinaan pantas adalah ianya dapat mengurangkan keseluruhan masa pembinaan, memenuhi kehendak masa pembinaan, lebih berinovasi dan mengurangkan masalah kepadatan aktiviti pembinaan. Kajian ini juga mendapati lapan faktor kejayaan dalam mengaplikasi prinsip “lean” di dalam pembinaan pantas iaitu perancangan yang tepat, memahami keseluruhan kitaran pembinaan dari aspek faktor bukan harga, penggunaan kepakaran, kerja berpasukan yang baik, memahami setiap proses, pengukuran kemajuan, latihan dan penanda aras. Kata kunci: prinsip “lean” pembinaan pantas; kesesuaian; proses pembinaan; pengurangan The general approach within lean construction is to make the construction process as it is normally undertaken on the construction site and leaner by reducing non–value generating activities. The reason on why the lean principles are used into rapid construction is to solve the chronicle and congested activities within the time frame of the rapid construction projects. Five principles of lean were made into comparison in the review of three case studies. In many applications of construction concept, the use of rapid construction method components significantly decreased the construction time required for the project. The most significant benefit has been seen in areas where systems have been using it repeatedly. The benefits from lean principles into rapid construction are the shorten of order fulfillment leading times, less project downtime, more innovation and true reduce the chronicle predecessor. This research has also identified eight critical factors of integrating lean with rapid construction that are proven successful which are planning it right, understanding the whole life construction cycle in non price factor view, utilize knowledge and expertise, integrate the team by working with the end to end supply chain in an integrated manner, understand the end to end process, measure performance to include reporting in your own performance, training and benchmarking. Key words: lean principles; rapid construction; significant; process flow; eliminate waste

publication date

  • 2012